Pewaris Syurga

Pernahkah kita terdengar kalimah pewaris syurga?Mereka yang kehadirannya dirindui oleh syurga? Semuanya tidak lagi mungkin;sebaliknya adalah janji Ilahi yang pasti.Semua ini terakam jelas di dalam catatan al-Quran,kalimah yang benar dari Yang Maha Pencipta.Ada tujuh golongan yang dijamin menjadi pewaris syurga,iaitu:

  • Orang yang beriman kepada Allah dengan sempurna
  • Orang yang menjauhi perkataan dan perbuatan sesia
  • Orang yang menunaikan zakat
  • Orang yang menjaga kemaluannya
  • Orang yang memegang janjinya
  • Orang yang setia menunaikan amanahnya
  • Orang yang mampu menjaga khusyuk dalam solatnya
          Mereka ini kata Allah,adalah orang-orang yang dirindui syurga dan syurga Firdaus itulah tempat kembali mereka(Al-Mukminin,ayat 1-11)

Allah berfirman: "Mereka (penghuni syurga) tidak mendengar di dalamnya(syurga) perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa;melainkan perkataan salam (di dalamnya)."
(Al-Waqi'ah :25-26)
Suka ? Like jer !

No comments:

Post a Comment