Manfaat daripada Susu Kambing

        Susu kambing adalah minuman sunnah.Susu kambing amat digemari Rasulullah SAW.Jika ia merupakan minuman sunnah,maka tentulah ia baik untuk kesihatan manusia.

Justeru,apabila memperkatakan tentang kesihatan,masyarakat kini mula beralih kepada susu kambing.Lalu, susu kambing mula dikomersialkan menjadi pelbagai produk dan jenama apabila terbukti secara saintifik ia lebih baik daripada susu lembu. Sekaligus menjadi alternatif terbaik kepada susu lembu.
          Aspek paling menarik tentang susu kambing ialah ia tidak menyebabkan alahan.Lantaran itu,bayi yang alah kepada susu lembu atau susu-susu yang lain,mampu minum atau makan makanan yang dicampur susu kambing.Ini barangkali  disebabkan struktur protein yang ada di dalam susu kambing.

Sumber Kalsium
    Susu kambing merupakan sumberr kalsium yang sangat baik.Kalsium diperlukan untuk mengekalkan kekuatan dan ketumpatan tulang.Dalam proses mineralisasi tulang,kalsium dan fosforus bergabung untuk membentuk kalsium fosfat.Secawan susu kambing, membekalkan 32.6 peratus nilai kalsium sehari dan 27 peratus nilai fosforus sehari.
     Kalsium bukan setakat diperlukan untuk kesihatan tulang.Dalam kajian terkini, mineral penting ini didapati boleh:

  • Membantu melindungi sel-sel kolon daripada kimia penyebab kanser.
  • Membantu menghalang tulang daripada penyusutan yang terjadi kerana menopaus atau keadaan -keadaan tertentu seperti artritis reumatoid
  • Membantu menghalang kesakitan migrain
  • Mengurangkan simpton-simpton prahaid semasa fasa luteal ( separuh masa kedua) kitaran haid.
        Kalsium juga memainkan peranan dalam aktiviti fisiologi penting.Ini termasuklah pembekuan darah,konduksi saraf,kontraksi otot,kelancaran  aktiviti enzim,fungsi membaransel dan kelancaran tekanan darah.Oleh kerana aktiviti-aktiviti ini amat penting  kepada kehidupan kita,tubuh menggunakan sistem kawal atur kompleks untuk mengawal dengan ketat jumlah kalsium di dalam darah.Ini agar kalsium yang cukup sentiasa tersedia.

  • Vitamin dan Mineral-Susu kambing mengandungi 134 peratus potasium, empat kali ganda kuprum,dan 47 peratus vitamin berbanding susu lembu.
  • Kalsium-Susu kambing mempunyai lebih 13 peratus kalsium berbanding susu lembu.Pengambilan kalsium yang tinggi boleh membantu menurunkan berat badan,mengurangkan sakit migrain dan mengurangkan  penyusutan tulang yang berkaitan dengan penuaan.
  • Tenaga- Susu kambing tinggi riboflavin yang sangat diperlukan bagi penghasilan dan pengekalan tenaga di dalam tubuh.
  • Mudah Hadam-Struktur molekul susu kambing lebih kecil berbanding susu lembu,justeru ia mudah dihadamkan.
Nilai Perubatan

  • Masalah berkaitan dengan bayi seperti gangguan usus,muntah,kolik,cirit-birit dan pernafasan boleh diatasi dengan memberikan mereka susu kambing
  • Pengambilan susu kambing yang kerap dapat memperbaiki berat tubuh,pembaikan mineralisasi rangka tubuh,meningkatkan vitamin serum darah,paras haemoglobin dan mineral
  • Susu kambing lebih pekat dengan asid lemak sederhana yang amat bermanfaat untuk kesihatan.Ia meminimumkan penyimpanan kolestrol di dalam arteri,membantu melarutkan kolestrol dan batu karang.
  • Susu kambing mengandungi orotic acid yang lebih rendah yang memainkan peranan penting dalam kesihatan hati.Ia menghalang daripada berlakunya hati berlemak.

Suka ? Like jer !

No comments:

Post a Comment