Wasiat Terakhir Rasulullah SAW


Ibnu Mas'ud r.a. berkata: "kami masuk untuk bertemu Rasulullah SAW di rumah Ummul Mukminin Aisyah r.h.a. tatkala waktu perpisahan telah menghampiri Baginda SAW,lalu kami memerhatikan Baginda SAW menitiskan air mata dan bersabda "Selamat datang wahai sahabatku sekalian,moga Allah merahmati kalian, moga Allah membantu kalian dan aku berwasiat kepadakalian agar bertakwa kepada Allah dan jadikanlah diri kalian sentiasa bersama Allah.Sesungguhnya aku bagi kalian hanyalah merupakan seorang pemberi amaran yang nyata.Jangan sesekali kalian cuba untuk melebihi Allahterhadap bumi-Nya  dan hamba-Nya.Sesungguhnya ajal telah tiba dan waktu berpindah bertemu Allah ,saat ke Sidratul Muntaha sudah hampir dan ke tempat yang bahagia (syurga),tempat yang penuh dengan nikmat, maka sampaikanlah daripadaku buat kalian dan orang-orang yang datang selepas kalian yang memeluk agama ini dengan ucapan salam dan doaku agar dirahmati Allah."

Pengharapan Rasulullah SAW
    Diriwayatkan pada hari kewafatannya, Rasulullah bertanya kepada Jibril tentang nasib umatnya selepas wafat nanti dengan katanya, "Siapakah yang akan menjaga kedudukan umatku selepas kewafatanku ini?" Maka Allah mewahyukan kepada Jibril : "Khabarkanlah kepada kekasih-Ku , Muhammad SAW berita gembira bahawa Aku tidak akan mensia -siakannya dengan membiarkan umatnya dan berilah khabar gembira bahawa beliau adalah insan pertama daripada kalangan manusia yang akan dibangkitkan dari bumi menuju ke padang Masyar, beliau adalah penghulu tatkala manusia-manusia dihimpunkan dan diharamkan syurga untuk dimasuki oleh umaat terdahulu melainkan setelah dimaduki oleh umatnya."Maka baginda bersabda :"Sekarang ini barulah sejuk mata hatiku."

"Ketahuilah bahawa tempat pertemuan kalian denganku adalah di tasikku.Tasikku ini amat luas lebih luas daripada keluasan tanah yang meliputi kota Busro di Syam sampai ke kots Sanaa di Yaman.Ia dilimpahi oleh air al-Kauthar yang lebih putih daripada susu,lebih lembut daripada keju dan lebih manis daripada madu.Sesiapa yang meneguknya dengan satu tegukan, nescaya dia tidak akan dahaga selama-lamanya.Batu kerikilnya adalah daripada mutiara ,tanah dan debu halamannya daripada kasturi.Sesiapa yang Allah haramkan meminumnya pada hari tersebut  maka diharamkan baginya mengecapi segala kebaikan.Ketahuilah,sesiapa yang ingin bertemu denganku di sana nanti, maka hendaklah dia memelihara lidah dan tangannya melainkan pada perkara-perkara yang sepatutnya."
Suka ? Like jer !

No comments:

Post a Comment