Apakah kejayaan yang sebenar ? 

Adakah dengan memperoleh semua 'A' dalam pelajaran ?
Adakah dengan mempunyai harta yang melimpah ? 
Adakah dengan memiliki pasangan yang cantik ?
atau 
Adakah dengan mempunyai hati yang tenang walau tak memiliki segala di atas ? 


Hidup bukan sekadar berkisarkan soal harta,jodoh dan kejayaan dalam pelajaran.
Kadang mempunyai hati yang sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada itu lebih baik daripada mempunyai segalanya tetaapi hati tak pernah berasa tenang mahupun gembira . 

Namun, ini tak bermakna kita tak perlu berusaha. 
Hakikatnya,sebagai manusia kita sudah tentu mempunyai matlamat yang ingin dicapai dalam hidup . 
Cita-cita dan keinginan itu harus ada 
Cuma kita perlu mengurusnya dengan baik 
Agar sekiranya matlamat itu tidak tercapai,
kita masih bisa kekal berdiri utuh 
Kerana kita tahu keinginan itu bukan segala-galanya
dan teruskan hidup tanpa dibelenggu parut lama .

Walaupun kita mempunyai pelbagai keinginan dan kemahuan 
jangan pula kita lupa matlamat kehidupan kita yang sebenar ialah
menggapai redha Allah Taala .

Saat kita melangkah ke Jannah-Nya
dan Dia mengakui redha-Nya ke atas kita 
Serta dapat bertemu dengan kekasih yang sentiasa merindui kita iaitu baginda Rasulullah SAW . 
Dan berhimpun bersama-sama keluarga,sahabat seperjuangan dan bersama saudara mukmin yang lain . 
bagiku itulah ,
Kejayaan yang sebenar. 

Dan untuk mencapai matlamat yang sebegitu tinggi nilainya,
Adakah kita hanya perlu duduk bersantai sambil menggoyangkan kaki sahaja?
Sudah tentu tidak . 
Kita perlu melalui proses tarbiah dan mujahadah . 
Meski perjalanan itu akan mengambil masa yang lama dan perit
Tetapi itulah tanda kita benar-benar inginkan syurga .

Moga kita semua dapat berhimpun bersama di sana 
Menikmati indahnya syurga 
setelah penat mujahadah di dunia yang fana . 

Doakan aku jadi lebih baik . 

 Wallahua'lam . 


Hamba-MU yang mendambakan syurga, 
NIZ 

 22/4/2016


p/s : Blog berhabuk setelah setahun tak buka .
Lama tak menulis ~ 
Nothing to say but Alhamdulillah 
Allah panjangkan usia . 

Aku yang masih jauh perlu bertatih pulang kepada-Nya . 
Moga satu hari nanti boleh 'berjalan,berlari dan terbang'
  
Suka ? Like jer !

No comments:

Post a Comment